MMPS Maju Demi Islam

Bersama kita martabatkan sistem pendidikan Islam.Selamat datang diucapkan kepada pelawat yang sudi mengunjungi blog ini.Sebarang cadangan dan kritikan yang membina amat dialu-alukan.

Sunday, 19 June 2011

Tips Cemerlang dalam Peperiksaan

Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti. 
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Antara tuntutan agama dan adat

Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu. Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan.
Perkara ini dapat dilihat terutama dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata dan kematian. Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.
Sebagai contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak.
Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan. Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja.

Disunatkan Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan kenduri kahwin. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan mengadakan kenduri seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing." (Riwayat Bukhari)
Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut menggalakkan pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga pengantin, tetapi biarlah ia bersederhana untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan seperti mana pada hari ini, itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama. Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang kepada pembaziran. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, ia turut diiringi dengan majlis persandingan di mana pengantin perempuan berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat. Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum. Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin.
Tetapi dalam masyarakat kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai. Begitu juga mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin semasa majlis persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya. Membebankan "Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat yang mereka buat dan tujuannya.
Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak. Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi pasangan pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat antara lelaki dan perempuan. Adat ‘tol’ seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak mengeluarkan perbelanjaan. Bagaimanapun, adat ini tidaklah sampai ke peringkat haram kerana mereka melakukan sekadar untuk berseronok.
Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan Semenanjung manakala di utara Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih. Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat.


Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut akan dipakaikan dengan pakaian baru dan cantik. Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat. Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dimudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut. Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih lagi mengamalkannya.
Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka sentiasa mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka. Selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka Islam membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat pada hari ini iaitu perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai pasangan muda menangguhkan perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku maksiat.

Senarai AJK PIBG sesi 2011-2012

Di sini disenaraikan nama AJK PIBG sesi kali ini berserta no telefon untuk dihubungi.

Pengerusi: En Abd Kadir b Hashim   (HP:019-4606334)
Timb Pengerusi: Tn Hj Abdullah Md Isa     (HP:013-4827176)
Setiausaha: Ust Abd Halim Md Nor   (HP:019-9369972)
Pen Setiausaha: Mohd Amir Md Azmi   (HP:013-4581890)
Bendahari: Cikgu Shahrani bt Salleh   (HP:013-4869420)

Biro Pendidikan
Ustzh Rosmina bt Mat Isa   (HP:019-4979200)
Ust Zainol b Ahmad     (HP:019-5193844)
Pn Yuhanis Yusuf        (HP:019-4058477)
Cikgu Zirwatul Amal bt Abdullah    (HP:019-4002123)
Pn Nor Aza bt Ismail        (HP:013-4762776)

Biro Sosial, Kebajikan dan Keselamatan
En Anuar Hasan          (HP:019-4544193)
En Abd Hamid Zainol   (HP:012-4194976)
Us Abdullah Taib         (HP:019-4220873)
En Shafie Abdullah       (HP:019-4707263)

Biro Ekonomi
En Rosli Abd Razak     (HP:013-4337068)
Us Aminuddin Ahmad   (HP:013-4907391)
Ustzh Rosnida bt Wahab  (HP:012-5431747)

Pemeriksa kira-kira
En Hilmi Harun               (HP:012-4018765)
Pn Norfaradila bt Syamsul Tajri  (HP:012-6179657)

Saturday, 18 June 2011

Pengenalan blog PIBG MMPS


Assalamualaikum.Ini adalah blog rasmi PIBG Maktab Mahmud Pokok Sena.Sekiranya ada apa2 cadangan boleh ajukan kepada kami atau emel pibgmmps@gmail.com