HALAQAH TAHFIZ AL-QURAN PIBG MMPS
1. Latar Belakang
Sempena Mesyuarat Agung PIBG pada 28 April 2011 yang telah lalu, selepas melalui sesi perbahasan yang mendalam maka mesyuarat telah bersetuju melaksanakan satu usul bertulis untuk mewujudkan kelas halaqah tahfiz al-Quran di Maktab Mahmud Pokok Sena yang akan dikelolakan oleh pihak PIBG dan di bawah pengawasan dan pemantauan pentadbiran MMPS. Halaqah tahfiz al-Quran ini tidak diwajibkan kepada semua pelajar tetapi khas untuk pelajar yang terpilih dan mencukupi syarat-syarat tertentu dan bersedia untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
2. Objektif
2.1. Melahirkan generasi pelajar sekolah menengah agama yang menghafal al-Quran dan beramal dengannya.
2.2. Menjadi satu contoh dan model bahawa sistem pembelajaran di Maktab Mahmud boleh menghasilkan para hafiz al-Quran jika dirancang dan dilaksanakan dibawah satu sistem dan penyeliaan yang baik dan betul.
2.3. Menjadi satu tapak untuk menyemai benih kecintaan terhadap amalan menghafaz al-Quran.
2.4. Menjadi salah satu aktiviti kelolaan PIBG MMPS.
3. AJK Pelaksana Halaqah Tahfiz Al-Quran
Penasihat: En. Abd. Kadir Hashim
Pengerusi: Us. Zainol Ahmad
Setiausaha: Us. Abd. Halim Md. Nor
Bendahari: Pn. Shahrani Salleh
Ahli Jawatankuasa: Us. Aminuddin Ahmad
Us. Abdullah Taib
Us. Yusri Yahya
Us. Abd. Rahim Abd. Kodir
Us. Salim Mahmud
Ust. Rosmina Md. Isa
Pn. Yuhanis Yusuf
4. Garis Panduan Umum Pelaksanaan
4.1. Dibuat secara separuh masa dan waktu yang luar dari jadual persekolahan harian iaitu pada waktu malam selepas maghrib dan waktu pagi hari Jumaat dan Sabtu (yang tidak ada persekolahan).
4.2. Kelas akan bermula pada bulan Julai 2011. Guru tahfiz dari luar yang dibantu oleh beberapa guru sekolah yang akan dilantik akan datang ke sekolah untuk aktiviti halaqah al-Quran seperti tashih bacaan, hafazan, tasmik dan murajaah. Guru-guru tersebut akan diberi elaun khas berdasarkan jumlah jam kehadiran mereka.
4.3. Halaqah al-Quran akan dilaksanakan di surau sekolah atau di kelas yang akan ditetapkan nanti.
4.4. Segala aktiviti harian seperti kehadiran dan pencapaian hafazan akan direkodkan dan akan dipantau oleh AJK Halaqah Tahfiz Al-Quran MMPS.
5. Bilangan Pelajar
Untuk permulaan dan sebagai projek perintis, seramai 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan dari tingkatan satu dan dua yang tinggal di asrama sekolah atau yang tinggal berdekatan dengan sekolah akan dipilih untuk mengikuti program ini.
6. Syarat Kemasukan
6.1. Mempunyai minat yang tinggi dan kesungguhan untuk menghafal al-Quran.
6.2. Boleh baca al-Quran dengan baik dan lancar.
6.3. Pelajar tingkatan satu dan dua yang tinggal di asrama atau di rumah yang berdekatan dengan sekolah.
6.4. Lulus temuduga.
6.5. Kesanggupan dan komitmen dari ibubapa, terutamanya untuk menjelaskan yuran bulanan.
7. Yuran Pengajian
7.1. Yuran pendaftaran=RM30.00
7.2. Yuran bulanan=RM50.00
7.3. Tiada yuran dikenakan pada masa cuti akhir tahun persekolahan dan bayaran separuh akan dikenakan jika terdapat cuti selama 2 minggu.
8. Jadual Halaqah
8.1. Jadual Mingguan
Hari | Masa | Jumlah Jam Per Minggu |
Isnin, Selasa, Rabu | 8.00 – 9.00 malam | 1 Jam X 3 Hari = 3 Jam |
Jumaat & Sabtu (2 x sebulan) | 8.00 – 10.00 pagi | 2 Jam x 2 Hari = 4 Jam |
Jum. Keseluruhan | 7 Jam |
8.2. Jadual Bulanan
Bulan | Tarikh Mula & Akhir Sesi Persekolahan | Jum. Jam Per Bulan |
JULAI | 1/7 – 31/7/2011 | (4 Minggu X 3 Jam) +(2 Minggu x 4 Jam) = 20 Jam |
OGOS | 1/8 – 25/8/2011 (Ramadhan) | (4 Minggu x 5 Jam) +(2 Minggu x 4 Jam) = 28 Jam |
SEPTEMBER | 4/9 – 30/9/2011 | (4 Minggu X 3 Jam) +(2 Minggu x 4 Jam) = 20 Jam |
OKTOBER | 1/10 – 31/10/2011 | (2 minggu x 3 Jam) +(1 Minggu x 4 Jam) = 10 Jam |
*Untuk bulan Ramadhan, pelajar akan berada dalam halaqah al-Quran selama 1 jam setiap pagi, 5 x seminggu.
*Cuti pertengahan penggal dan cuti Hari Raya Puasa ialah pada 26/8/2011 – 3/9/2011.
*Peperiksaan akhir tahun bermula pada pertengahan bulan Oktober.
*Cuti akhir tahun ialah pada 18/12/2011 – 31/12/2011.
9. Sukatan Pengajian
Secara umumnya pelajar dimestikan sekurang-kurangnya dapat menghafal sebanyak 2 juz setahun. Pada peringkat permulaan surah-surah berikut wajib dihafal:
1) Yaa Siin
2) Ad-Dukhan
3) As-Sajdah
4) Al-Mulk
5) Al-Waaqi’ah
6) Al-Insan
7) Juz ‘Amma
8) Al-Kahfi
10. Kewangan
9.1 Pendapatan:-
1) Yuran pendaftaran: RM30.00 x 40 orang = RM1200.00
2) Yuran Bulanan: RM50.00 x 40 orang = RM2000.00
3) Sumbangan/derma/zakat/dll. = RM 1000.00
JUMLAH = RM4200.00
9.2 Perbelanjaan:-
1) Elaun guru halaqah: RM30.00 x 20 jam x 2 orang = RM1200.00
2) Elaun guru pemantau: RM20.00 x 20 jam x 1orang = RM400.00
3) Rehal: RM30.00 x 40 unit = RM1200.00
4) Al-Quran: RM30.00 x 40 unit = RM1200.00
5) Belanja Pengurusan/Alat Tulis dll: = RM200.00
JUMLAH =RM4200.00
11. Penutup
Pihak kami mengharapkan pembentangan kertas kerja ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang program halaqah tahfiz al-Quran kelolaan PIBG MMPS dan pihak kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan berbentuk buah fikiran dan wang Ringgit demi menjayakan program ini dengan lebih cemerlang lagi.
Disediakan oleh:
Abd. Halim Md. Nor
Setiausaha PIBG MMPS sesi 2011/2012
2 JUN 2011.
No comments:
Post a Comment